Monday 13 January 2014

Pelaburan: Memilih ASB sebagai salah satu cabang pelaburan-strategi 1

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.

Topik hari nie ialah mengenai pelaburan ASB. ASB atau nama penuhnya ialah Amanah Saham Bumiputera, dikhaskan hanya untuk golongan bumiputera dan dikawal selia oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

ASB merupakan unit amanah. Mereka yang melabur di dalam ASB boleh disamakan sebagai melabur di dalam unit amanah. ASB nie lebih kurang sama macam kita melabur di dalam Public Mutual tu. Perbezaannya ialah harga seunit ASB adalah tetap iaitu RM1 manakala harga unit amanah yang lain berbeza-beza setiap hari (malah setiap jam) bergantung kepada Net Asset Value (NAV) sesuatu fund.

Saya tidak akan berbincang lanjut mengenai apa itu NAV dan sebagainya. Apa yang hendak saya kongsikan pada hari ini ialah strategi pelaburan di dalam ASB. Tetapi sebelum itu, mengapa memilih ASB dan tidak memilih fund-fund yang lain..? Kenapa ridak memilih fixed deposit, saham, property, unit trust yang lain dan berbagai-bagai lagi instrument pelaburan..?

Mengapa memilih ASB?
Saya memilih satu sebab sahaja : ASB memberikan dividen/pulangan tertinggi berdasarkan tahap risiko yang paling rendah. Track record ASB untuk lima tahun yang lepas agak cemerlang di mana dividen yang diumumkan secara purata tidak pernah kurang dari 7% setahun.

Tapi ada yang mengatakan, melabur dalam property dan saham memberikan lebih banyak keutungan berbanding ASB. Konsep "high risk high return" terpakai di sini. Saham dan hartanah tertakluk kepada darjah risiko yang berbeza dengan ASB. Kedua-dua bidang pelaburan ini mempunyai risiko yang sangat tinggi kepada pelabur yang 'zero knowledge' pasal property dan saham. So, kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk melabur, ASB merupakan pelaburan terbaik buat anda dan ia memberikan pulangan yang terbaik.

Apa strategi anda apabila melabur di dalam ASB?

Saya kongsikan kepada pembaca semua beberapa strategi yang boleh digunakan apabila anda ingin melabur di dalam ASB:

Strategi 1: Jangka pendek untuk kumpul modal.

Strategi ini bagus untuk graduan-graduan muda yang baru mendapat kerja dan juga kepada mereka yang ingin mengumpul modal untuk berniaga atau apa jua tujuan anda (nak soping, nak repair/renovate rumah, nak beli kereta cash, nak buat modal sambung belajar, nak bayar hutang PTPTN, nak itu..nak ini..bla..bla..bla..senaraikan sendirik yea. Ini merupakan strategi jangka pendek dan mendidik amalan menabung.

Contohnya apabila anda habis sahaja belajar, mungkin anda berhajat untuk membeli rumah dalam masa lima tahun pertama anda mula bekerja. Kos nak beli rumah bukan murah yea. Mungkin anda boleh tiru kaedah yang saya gunakan untuk membeli rumah pertama saya, but nak masuk rumah baru still perlukan pelbagai belanja. Means, modal nak kene ada juga bang/akak...

Plan execution:
Buat financing ASB selama 5 tahun dan tentukan berapa fund yang anda nak dalam masa lima tahun dari sekarang. Semua orang nak ada juta-juta dalam masa terdekat betul tak..? but lets make your wish realistic. Let says u need RM40K in 5 years. So datang mana-mana Bank (Maybank, RHB dan CIMB jea tau) untuk buat ASB financing. You pay monthly the loan and at the end of the tenure (selepas 5 tahun) anda akan dapat RM40K + dividen ASB setiap tahun.

Plan details:
Type: financing/loan
Principle target : RM40K
Period of investment : 5 years

Bank akan buat credit evaluation mengenai permohonan anda. So bukan semua permohonan akan diterima. Sebelum pergi ke Bank untuk buat financing, check dulu berapa jumlah komitmen dan juga berapa balance yang ada untuk setiap bulan. Sebab tu, plan ni sesuai untuk jangka pendek dan fresh grad (sbb belum ada banyak hutang). Tapi kalau kita dah berazam, apa juga boleh berlaku betul x..? Yang penting nawaitu...

Cost of investment:
Principle : RM40,000
Interest : BLR-1.15% (BLR 6.6%)
Monthly payment : RM763.12
Total cost : RM763.12 x 12 x 5 years = RM45,787.20 (ini jumlah hutang yang harus dibayar yea..)

Total income:
Principle : RM40,000
Dividen : 7% (anggaran sahaja sebab PNB bagi around 8% setahun. Dividen Y2012 about 8.7% including bonus)
Total dividen + principle selepas 5 tahun : RM56,102.07
Syarat : Dividen tidak dikeluarkan selama 5 tahun..kalau keluarkan dividen tiap2 tahun, pada penghujung tahun ke 5, anda hanya akan dapat RM40K sahaja.

Summary : Anda akan dapat dalam RM56,102.07 cash dalam masa lima tahun. Setelah habis lima tahun, loan ASB pun abis dan anda ada fund sebanyak RM56K.

Net investment : RM56,102.07 - RM45,787.20 = RM10,314.87. Selain net cash nie, anda sudah ada RM40K dalam tangan ok..so boleh la laksanakan apa impian anda...

Ada yang mengatakan, bro teknik ni kene bayar hutang..so kene tolak hutang lagi baru boleh dapat NET..memang betul, teknik ni menggunakan hutang sebagai batu loncatan, but cuba pikir sejenak, mampukah anda mendapat RM16,102.07 (RM56,102.07-RM40,000) dalam masa lima tahun dengan menyimpan sedikit demi sedikit didalam ASB anda? Tepuk dada, renung minda anda...

Teknik seterusnya akan saya kongsikan di dalam post yang akan datang...so mulakan pelaburan anda di dalam ASB...jinak-jinakan diri anda dengan pelaburan dan juga istiqamah di dalam menabung...

Jumpa lagi di post akan datang.

Nak buat ASB financing?

PM saya untuk maklumat lanjut.
Ikmal
013-7298309
ikmal_jamil@yahoo.com




Saturday 11 January 2014

Sharing Session 2: Vivix dan keajaibannya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog saya nie. Lama dah saya tak bersiaran/menulis...

Sharing session kali ini agak mudah: Vivix dan keajaibannya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, Vivix tu apa bender yea...

Terlebih dahulu saya tunjukkan dulu gambar produk vivix nie...


Vivix merupakan salah satu produk dari Shaklee...selain menggunakan Alfalfa dan juga Lecitin (sila rujuk sharing session 1), isteri saya menggunakan produk ini untuk membantu mengawal tekanan darah tinggi beliau...

Kisahnya bermula di sini...

Pada mulanya kami berdua tidak menyangka yang rasa letih, pening kepala dan mata berpinar yang dialami oleh isteri saya adalah simptom darah tinggi. Setelah hampir dua hari asyik pening kepala aja, isteri membuat keputusan untuk berjumpa doktor. Terkejut saya bila isteri call menyatakan dia kene tahan di dalam klinik sebab tekanan darah 180/110. Mak ai...sejak bila isteri saya ada darah tinggi...Tinggi melangit plak tu...Dia diminta untuk tidur dan rehatkan diri terus. Straight away doktor bagi MC. 

Jatuh cinta pandang pertama dengan Vivix.

Memandangkan saya dealer Shaklee, saya pun belek-belek semua jenis produk yang sesuai untuk masalah isteri saya ni. Master-master yang dah lama dalam Shaklee nie pun saya call dan tanya. Vivix is the best, itu saranan mereka. Terus tempah Vivix untuk isteri tersayang.

Vivix dan keajaibannya...dengan izin Allah jua.

Setelah menggunakan Vivix selama dua minggu, isteri pergi jumpa doktor sekali lagi. Syukur ya Allah, tekanan darah dah turun 130/85. Dah nak hampir normal. Doktor ada juga bagi ubat (nama dia cyalist, lebih kurang la), but saya bagi tau kat isteri, once u eat that medicine, you will rely on it continuously. So memang isteri x makan pun.

Sakit kepala, letih-letih badan, tak bermaya semuanya dah berkurangan. Eye bag pun dah x da. Kalau tak, naik hitam keliling mata. Muka dan bertambah berseri sebab Vivix ni memang membantu awet muda..

Sampai sekarang isteri masih lagi mengamalkan Vivix. Saya dah tempah botol yang kedua untuk isteri saya. Saya juga belikan Vivix untuk mak saya di kampung. Cuma belum sampai lagi. Ujung bulan nie nak balik Johor, nak share kebaikan Vivix ni dengan emak saya. Semoga dengan izin Allah, mak saya juga akan mendapat manfaat yang terbaik dari Vivix...

Ni pengalaman peribadi saya menggunakan Vivix. Dengan izin Allah, masalah darah tinggi isteri saya berjaya dikawal. Kepada pembaca blog saya nie, kalau anda mahu mencuba Vivix, contact saya untuk tempahan

ikmal
013-7298309
ikmal_jamil@yahoo.com

Apa lagi faedah vivix...?

Ni saya tampalkan gambar mengenai lain-lain kebaikan/faedah yang anda boleh perolehi melalui Vivix.


Lagi manfaat Vivix...


Kandungan Vivix...

PM saya untuk maklumat lanjut...
ikmal
013-7298309
ikmal_jamil@yahoo.com

Sunday 29 December 2013

Mari melabur dalam property

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog saya nie...entry kali nie berbeza skit...we are not talking about Shaklee today...we talk about property.

Apa tu property yea...? orang ramai dok sebut property...property..property...Nak ringkaskan cerita...property = hartanah...rumah, apartment, bungalow, bangunan kedai, kilang, gudang dan yg sama waktu dengannya adalah hartanah...kenapa nak melabur dalam hartanah...? Another question pop-up...

Antara reason nak melabur/membeli hartanah:
a) Nak memiliki property/hartanah.
b) Untuk kegunaan sendirik contohnya rumah yang kita beli untuk kita duduki...
c) Beli untuk masa depan. Contoh beli shophouse sekarang untuk bisness masa hadapan.
d) Nak dapatkan untung iaitu dengan membeli pada harga rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi (nie yang selalu orang buat)
e) Untuk tujuan sewa. Tiap2 bulan enjoy cashflow. Bleh berenti kerja.
e) Ada lagi sebab...? Write down by your ownself..

Pengalaman saya dalam bidang hartanah bermula pada tahun 2006. Masa tu baru dua tahun kerje dan umur dalam 25 tahun. Kalau ikutkan, lama dah nak sambar honda civic...but ada sorang abang nie nasihatkan...baik kau beli rumah...senang sok lusa kalau ko nak kawin..x yah susah2 beli rumah...rumah makin lama makin mahal...

Atas nasihat tu la...saya pun pegi shoping nak beli rumah...ada developer buat roashow kat Kuantan Parade...terus minat nak beli...spesifikasi rumah yang saya nak beli:
> Rumah teres.
> Size 24 x 65 (masa tu mmg x da kat kuantan bukaan rumah 24 kaki, project ni kira one of its kind la)
> Freehold & non-malay reserve.
> Non-bumi lot.
> Pricing RM136,000
> Developer ialah Nilaitek Sdn Bhd (new developer di kuantan at that point of time)
Bayar booking fees, kalo x silap RM500 jer...

So bermula la perjalanan hidup saya dalam pelaburan hartanah. Excited ada, seram pun ada...mana nak cekau 10% down payment nieh..Setiap kali nak beli rumah, kan kita kene top-up 10% dari harga rumah kan..? maklum la baru kerje..KWSP akaun dua pun x da apa..yang ada habuk jer...hehehe...but terus terang saya kata kat developer, i don't have RM13.6K for the down payment. Developer kata, don't worry...we will help u...

Plan terancang:

Ni legal punya plan okey...illegal saya x masuk campur...Agreed price ialah RM136,000. Lawyer pun keluarkan letter of intend amounting RM136,000. Namun begitu, developer dan saya executed SPA pada harga RM165,000. So x payah lah saya bayar 10% down payment tu. Saya siap dapat extra cash lagi tu. But remember, bukan duit free tau..duit hutang...di bawah ni saya ilustrasikan secara detail bagaimana 'pelan terancang' ni dilakukan.

SPA RM165,000 x 90% (bank margin financing) = RM148,500
So loan amount is = RM148,500

RM148,500-RM136,000 (intended purchase price) = RM12,500 extra cash.

So, saya x payah kuarkan 10% down payment malah dapat extra cash lagi RM12.5K...extra cash ni saya gunakan partly untuk bayar legal fees..buat wiring...plumbing...beli lampu/mentol...beli kipas siling...dan lain2 basic necessity termasuklah set bilik tidur dan juga aircond...ngam2 jer duit...siaplah rumah saya untuk didiami....duduk la saya sorang2 dalam rumah 3 bilik tidor, satu stor dan 2 bilik air....kira proud juga la dapat beli rumah...at least x payah sewa...

Cashcow?

Rumah pertama saya ni banyak jasanya pada saya...banyak dah dia bagi extra cash pada saya...contohnya extra cash RM12.5K pada memula saya beli rumah tu...pada Dec2012, saya ditukarkan ke KL...so sebab kos sara hidup yang tinggi...saya refinance rumah saya...untuk dapatkan lagi extra cash dan kurangkan monthly installment..dekat 6 tahun dah bayar rumah tu..hutang dalam RM110,000 je...so saya refinance semula rumah saya...

Market Value Y2012 RM170,000 x 90% = RM153,000
RM153,000-RM110,000 (hutang semasa) = RM43,000

So saya dapat extra cash kali kedua sebanyak RM43,000. Sekali lagi harus diingat...hutang makin bertambah sbb buat hutang baru...

Jodoh saya dengan rumah ni nampaknya berakhir jua...bulan Nov 2013, saya terpaksa jual rumah nie sbb nak beli rumah di KL...buyer agree untuk beli dengan harga RM230,000...sebab hutang masih baru (dalam RM150,000) saya dapat dalam RM80,000 (RM230K - RM150K) cash.

Total cash generated from this house:
RM12,500 + RM43,000 + RM80,000 = RM123,000.

Pelaburan tanpa modal yang saya lakukan selama 7 tahun menghasilkan total cash RM123,000. Berbaloikah..? Setahun secara purata dapat RM17,572 tanpa sesen pun modal...berbaloi2...so apa lagi...mari la melabur di dalam property...

Thursday 26 December 2013

Sharing session 1: Alfalfa dan lecithin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga semua pembaca blog saya ini sentiasa berada di bawah rahmatNya.

Pada sesi kali ini, ingin saya kongsikan pengalaman saya menggunakan dua produk terawal Shaklee iaitu alfalfa dan lecithin. Mana2 yang tak pernah tengok macam mana produk nie, nah gambor nya...terima kasih encik Google...





Simptom awal tubuh:

Badan saya selalu terasa berat bila bangun pagi. Kaki pun terasa sakit di kawasan tengah dan juga tumit serta kesemua jari kaki. Bila dah jalan dalam seminit dua, baru la hilang rasa sakit tu. Saya memang mempunyai asid urik dalam badan yang tinggi (ukuran normal between 155-428, saya punya 495-berdasarkan blood test taken in Marc2012). Doktor kata itu early sign of gout. What..? Gout..? No..no...no...
Meh tengok result blood test saya (taken in Marc2012).


Sila lihat item nombor 5, selepas BUN/CREATININE

Ngerikan...terlebih2 dari aras yang sepatutnya. Tindakan harus diambil untuk mengelakkan masalah menjadi semakin serius.

Saya ceritakan masalah ni kepada kawan saya yang juga orang yang bertanggungjawab menjebakkan saya ke dalam Shaklee. Dia suggest saya makan alfalfa dan juga lecithin. Alfalfa antara fungsinya membantu mengurangkan toksin dalam badan (detoxification) manakala lecithin pula baik untuk sel-sel saraf, sel-sel otak, hati, system cardiovascular(mende alah apa nie yer) dan juga system reproductive :)

Kesan sampingan (healing crisis):

Pada minggu pertama saya amalkan dua supplement nie, saya mengalami masalah;
a) Sembelit yang sangat serius. Meneran macam nak terkeluar segala isi perut. Ambil masa dekat setengah jam atas mangkuk tandas. Kawan saya pesan minum air banyak kalau ambil alfalfa. Dah amalkan minum air yg banyak (dekat 3 liter sehari) but still sembelit. Ada jugak terpikir nak give-up makan alfalfa nie sebab sembelit semacam.

b) Selain sembelit, 3 hari pertama makan kedua-dua supplement nie, saya demam. Tapi deman tak kuat mana la.

c) Effect seterusnya ialah saya terasa mengantuk yang amat sangat. Bayangkan cuti hujung minggu saya tidor siang hari dari pukul 2 petang dan bangun dekat 7 malam. Then waktu malamnya, pukul 9 saya dah masuk tido. Sok pagi badan masih terasa letih dan masih megantuk lagi. Badan rasa letih sangat. Bila rujuk dekat kawan saya, its normal. What the heck is normal since I never feel so much worse before this!!(mengantuk dan sembelit tahap gaban!!!)

Post effect:

Setelah mengamalkan kedua-dua supplement nie hampir dekat sebulan;

a) Masalah sembelit hilang. Malah saya ke tandas dua kali sehari. Pagi sekali, petang sekali. Bukan sakit perut yea, but its normal buang air besar.

b)  Saya notis kencing saya juga semakin lawas (maybe sebab minum banyak air kot) dan juga

c) Badan dah tak terasa letih. Bangun pagi pun dah banyak improved, kaki pun dah kurang sakit. InsyaAllah, saya akan terus amalkan kedua-dua supplement nie.


Dua hari selepas mengamalkan kedua-dua supplement (lecithin dan alfalfa) nie saya ada buat latest blood test untuk tau latest level of my uric acid. Dalam masa enam bulan dari sekarang, saya akan buat blood test sekali lagi untuk lihat jika ada perubahan setelah mengamalkan lecithin dan juga alfalfa. InsyaAllah akan saya kongsikan berita ini kepada pembaca blog saya. Tunggukan entry nie dalam masa enam bulan dari sekarang yea.

ikmal_jamil@yahoo.com
013-7298309 SID

Tuesday 24 December 2013

Terjebak dengan Shaklee...

Pada entry permulaan...ada saya janjikan kepada pembaca semua bagaimana saya terjebak dengan dunia Shaklee ni...

Peristiwa pertama:
Ianya bermula dengan perasaan ingin mencuba produk shaklee...macam-macam orang post kat FB pasal produk shaklee nie...saya pun ingin mencuba untuk melihat keberkesanannya pada kesihatan diri sendirik...saya mencuba alfalfa, omega guard dan juga lecithin...katanya baik untuk buang toksik dalam badan (asid urik saya tinggi)....dan isteri saya sedang mencuba Vivix (salah satu produk shaklee) untuk mengawal hipertensi a.k.a darah tinggi yang dia hidapi. Dekat sebulan dah kami mencuba produk-produk tersebut dari tarikh saya menulis entri ini. Hasilnya akan saya ceritakan di entry akan datang.

Peristiwa kedua:
Kemudian dealer yang saya biasa berurusan untuk membeli produk shaklee nie offer saya jadi ahli...reason dia mudah...dapat beli pada harga dealer...dapatlah diskaun dekat 30%...so mendaftarla saya sebagai ahli shaklee...kepada pembaca blog semua...kalau nak enroll shaklee, contact saya (email dan juga call saya)...segalanya akan saya akan uruskan...

Peristiwa ketiga
Bila dah jadi ahli shaklee nie...saya pun masuk support group...group-group eksklusif jutawan shaklee nie...tgk depa-depa yg dah berjaya nie...terbetik pula di hati untuk jadikan shaklee sebagai side income dan jadi seperti mereka semua....so next dream is to be like them...a shaklee millionaire....InsyaAllah...

Begitula cerita ringkas bagaimana saya terjebak ke dalam bisness Shaklee nie...

But...ada but lagi  tu....ramai yang komen..."mereka-mereka yang dah kaya raya tu semuanya dah masuk awal-awal...so yang saki baki macam saya ni...habuk je la dapatnya.." one thing they forgot...market is always growing in tandem with growing in population....saya pegang kepada sebab ini untuk terus mengembangkan bisness shaklee ini...

Anda bagaimana...

PM saya untuk penjelasan lanjut ok.

ikmal_jamil@yahoo.com
013-7298309



salam perkenalan

Salam perkenalan semua.


Nama saya ialah Ikmal Jamil. Awal 30an dan sudah berumah tangga. Karier utama saya ialah pekerja bank (kuli je..sob..sob..). Sudah berkahwin dengan Ainol Farizah Idris dah dikurniakan Annur Raudhah sebagai cahaya mata.

Tujuan blog ini diasaskan ialah...

Sebab pertama:
Share idea kepada semua pembaca blog saya berkenaan produk shaklee dan juga borak-borak pasal property investment (dan apa jua bentuk investment) from banking perspective. I'm a banker cum MLM player okey...

Sebab kedua dan terakhir:
Marketing strategi produk shaklee. Ni kira side income la. For info, saya merupakan Shaklee Independent Distributor (1081426) semenjak November 2013. COD ialah area Ampang, Selayang, Sentul dan juga Bangsar. Area-area yang lain, pakcik kurier yang tolong hantarkan yea...Bagaimana saya terjebak dalam dunia shaklee nie...nanti saya update di entry yang akan datang okey.


Dua reason nie je kenapa blog ini saya asaskan. Jangan segan, jangan malu untuk bertanyakan apa jua soalan...bak kata orang putih..."shoot your question to me"...

ikmal_jamil@yahoo.com
013-7298309